RSS Feed

Tanda-tanda ADHD

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :-

1. Hiperaktiviti

  • Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk
  • Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
  • Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok
  • Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
  • Selalu banyak bercakap
  • Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor”

2. Tempoh tumpuan yang singkat

  • Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
  • Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
  • Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
  • Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
  • Selelu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)
  • Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
  • Mudah pelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

3. Tingkah laku impulsif

  • Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
  • Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
  • Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
  • Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan
  • Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalah tingkahlaku hiperaktiviti.
  • Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif.
  • Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya.

 

 

adhd-pic

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 4 other followers

  • %d bloggers like this: