RSS Feed

BAHAN AUDIO DALAM PEMBELAJARAN

PROSES MENDENGAR DALAM KALANGAN MURID

  • Pendengaran ialah proses fisiologi – berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan.
  • Mendengar pula berlaku secara psikologi – bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi @ bentuk percakapan.

Kemahiran Bahasa

  • Tahap perbendaharaan kata @ kemahiran bahasa yg dimiliki oleh kanak-kanak mempengaruhi keberkesanan proses mendengar.

Kejelasan Punca Audio

  • Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar dengan jelas dan memahami mesej yg hendak disampaikan.

Nada Audio yg Tidak Sekata (Monotonous)

  •  Intonasi suara pengulas mestilah pelbagai dan beragam.

Kesediaan Mendengar

  • Kesediaan seseorang pendengar secara fizikalnya meningkatkan keupayaan mereka memahami mesej yg hendak disampaikan.

Dua elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses mendengar semasa sesi P&P ialah penyampai mesej (guru) dan penerima mesej (pelajar).

PENGHASILAN BAHAN AUDIO PENDIDIKAN

Langkah-langkah perlu dilakukan bagi menghasilkan penerbitan audio :

Langkah 1 : Tetapkan matlamat.
Langkah 2 : Penyelidikan dan mengumpulkan bahan.
Langkah 3 : Pemilihan bahan.
Langkah 4 : Menulis skrip.
Langkah 5 : Menyediakan peralatan.
Langkah 6 : Membuat rakaman. Langkah 7 : Prebiu.
Langkah 8 : Penggunaan bahan audio.
Langkah 9 : Penilaian dan penambahbaikan.

FORMAT AUDIO
Format-format audio :

  • Kaset audio
  • Kaset mikro
  • Fonograf @ piring hitam
  • Cakera padat @ CD

 PENERBITAN AUDIO

Untuk menerbitkan bahan audio, anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti berikut :

  • Mikrofon. (rujuk ms 146-148)
  • Alat perakam (perakam dan pemain kaset).
  • Pita audio @ kaset audio.
  • Studio (tempat rakaman yg khusus)
  • Bilik kawalan (pilihan)
  • Kesan bunyi (untuk menghasilkan keadaan sebenar)
  • Muzik (sebagai muzik latar)
  • Kabel. 

PENGADUN SUARA

1.  Pengadun audio ialah alat yg mempunyai banyak saluran input yg boleh dilaras bahananya dan satu output.
2.  Alat ini biasanya terdapat di studio-studio rakaman.
3.  Sebelum memulakan rakaman, skrip hendaklah disediakan dan membuat  latihan membaca skrip.

Singkatan-singkatan yg perlu anda ketahui dan gunakan sewaktu anda menyediakan skrip :

1.        FI (Fade In) – Muzik masuk perlahan-lahan.
2.        FO (Fade Out) – Muzik hilang perlahan-lahan.
3.        FUp (Fade Up) – Muzik menaik perlahan-lahan.
4.        FD (Fade Down) – Muzik menurun perlahan-lahan.
5.        BG (Background) – Muzik latar.

 FORMAT FAIL AUDIO

1.  Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)
2.  Musical Instrument Digital Interface (MID, MDI dan MFF)
3.  Sound (SND)
4.  Roll (ROL)
5.  Wave (WAV)
6.  Sun Audio (AU)
7.  Voice (VOC)
8.  MPEG Level 3 (MP3)
9.  RealAudio atau RealMedia (.RA dan .RAM)

About Munirahsobri

I am female. 20 years old. Teacher-to-be.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 4 other followers

  • %d bloggers like this: