RSS Feed

Pengenalan kepada Teknologi Pendidikan

Apakah Teknologi Pendidikan

 

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

• Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P

• Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P

• Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P

 

Apakah definisi Teknologi Pendidikan

 

Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991)

• Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003).

• Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004).

 

 Prinsip

 

Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan lebih berkesan.

• Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu:

o Sebelum penggunaan – merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar

o Semasa penggunaan – merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P

o Selepas penggunaan – merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan

• Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah

• Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan P&P

• Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum P&P

Ciri

 

Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan pelajaran

• Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid

• Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid

• Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

 

Kepentingan

 

Melancarkan proses P&P

• Menjimatkan masa, tenaga dan kos

• Mengekalkan minat dan perhatian murid

• Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar

• Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas

• Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid

• Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum

• Memperkayakan pengalaman murid

 

About Munirahsobri

I am female. 20 years old. Teacher-to-be.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 4 other followers

  • %d bloggers like this: