RSS Feed

PENGGUNAAN BAHAN 2D/3D DALAM PEMBELAJARAN

PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

BAHAN  DIMENSI (2D)

  • Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang.
  • Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar.

Bahan Bercetak

  • Buku teks – asas pengajaran dalam bilik darjah dan tiada gantinya.
  • Bahan bacaan percuma – brosur, risalah dll.

Kelebihan :

-     Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.
-     Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan.
-     Boleh dialih.
-     Murah dari segi penghasilan / percuma.

Kelemahan:

-     Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.
-     Dianggap sebagai bahan hafalan (fakta dan definisi).
-     Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif terhadap pelajar).
-     Tidak bersifat interaktif / persembahan satu hala.

Carta

  • Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yg sukar difahami secara lisan / bertulis.

Jenis-jenis Carta :

  • Carta organisasi – menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi pemeringkatan.
  • Carta klasifikasi – menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dan sebagainya.
  • Carta tabular / jadual – mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratus dalam bentuk jadual.
  • Carta aliran – carta proses menunjukkan sekuen, prosedur, atau aliran sesuatu aktiviti.

Graf 

  • Perwakilan visual data numerikal.

Jenis-jenis Graf :

  • Graf bar – menggambarkan garaf satu skala di mana ketinggian bar mengukur kuantiti yg ingin diwakili.
  • Graf garisan – graf skala dua yg menggambarkan variasi nilai pada dua dimensi.
  • Graf pai – satu bulatan yg dibahagikan kepada segmen dan setiap segmen mewakili sebahagian peratus daripada keseluruhan.

Gambar

  • Bahan visual 2D mengenai manusia, tempat @ benda-benda dan digunakan untuk memudahkan pemahaman pelajar.

 

 KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN 2D DALAM P&P

-     Murah dan mudah diperoleh.
-     Perincian visualnya memudahkan pemahaman.
-     Mengelakkan salah tanggapan dan berupaya membetulkannya.
-     Memberikan rangsangan sebagai bukti visual.
-     Memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.

KEKURANGAN PENGGUNAAN BAHAN 2D DALAM P&P

-     Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.
-     Kurangnya warna boleh mengehadkan ketepatan tafsiran.
-     Ada kala pelajar mengalami masalah menafsir dan memahami.
-     Kurang berkesan jika tidak diberikan kepada setiap pelajar.

Peta

  • Perwakilan abstrak tempat sebenar dalam bentuk simbol visual, garisan, dan warna.

 

BAHAN 3 DIMENSI (3D)

  • Bahan 3D ialah bahan visual yg mempunyai lebar, panjang dan ketinggian.
  • Jenis bahan 3D ialah : realia, model, dan ciptaan objek tiruan (diorama, binaan pasir dan model-model).

Realia

  • Merupakan objek sebenar yg di bawa ke dalam bilik darjah.
  • Zukowski-Faust (1997) – objek konkrit dan paraphernalia kehidupan.

 Model

  • Perwakilan bahan 3D bahan sbenar dalam bentuk saiz sebenar @ lebih kecil.
  • Mempunyai input maklumat, pemprosesan maklumat dan output keputusan.

Ciptaan Objek Tiruan

  • Dicipta oleh guru @ pelajar yg tidak dapat diperoleh di pasaran.

Diorama

  • Dihasilkan mengikut skala ukuran sebenar.
  • Saiz yg berbeza mengikut skala supaya sesuai dengan ruang.
  • Tujuan – mengimbas kemabali suasana @ peristiwa lepas @ menggambarkan masa depan.

Meja Pasir

  • Menggambarkan situasi sebenar melalui satu replika.

KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P

1.  Menimba ilmu pengetahuan tentang kebudayaan lain.
2.  Melibatkan diri dalam pengalaman konkrit.
3.  Mengembangkan kemahiran dan konsep.

KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P

1.  Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran.
2.  Kekangan masa untuk membina bahan 3D.
3.  Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.

About these ads

About Munirahsobri

I am female. 20 years old. Teacher-to-be.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 3 other followers

  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    %d bloggers like this: